Selasa, 15 Oktober 2013

Solat hajat mohon Islam terpelihara dalam UPR

Kuala Lumpur: Semua masjid dan surau di seluruh negara disyor mengadakan bacaan qunut nazilah dan solat hajat selepas solat Isyak untuk mendoakan kedudukan agama Islam dipelihara semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diarah melakukan perkara yang sama serta-merta sehingga UPR selesai.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang didakwa menyediakan satu laporan berkaitan hak asasi manusia di negara ini yang dibentang pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva nanti.
Kandungan laporan itu antara lain menyentuh mengenai hak kebebasan beragama dan meminta Malaysia mengiktiraf hak berlandaskan ‘SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity’ iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Gays, Bisexual, Transgender, inter-sexed & queer-persons).
Jamil Khir berkata, tuntutan dikemukakan pihak berkenaan adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan kewajarannya memandangkan ia bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati setiap warganegara di dalam dan juga luar negara,” katanya.
Beliau berkata, sebarang isu atau polemik yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam adalah amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua forum.

Isnin, 14 Oktober 2013

Indonesia tuduh PDRM ‘pengecut’

tembak-indonesiaJAKARTA – Indonesia memprotes tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyatnya, Jumaat lalu.
“Sepertinya polisi Malaysia bermental pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, tidak harus membunuh apalagi mereka bukan terrorist (pengganas).
“Saya mengecam keras tindakan barbar (biadap) polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak orang hingga tewas (mati),” kata Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat semalam yang dipetik dari laman Kompas.com.
Jumhur menambah, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur mendapat laporan bahawa empat rakyatnya ditembak mati dalam insiden pukul 12 tengah hari itu.
Keempat-empat mereka dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980), Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273).
Menurut versi PDRM, kata Jumhur, kesemua mereka disyaki telah merompak sebuah rumah awal pagi sebelum kejadian.
Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah yang disyaki digunakan sebagai tempat persembunyian mereka di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.
Katanya, PDRM masih melakukan siasatan termasuk memastikan identiti keempat-empat mayat dan KBRI diminta untuk menunggu hasil siasatan serta akan diberi akses untuk memeriksa mayat, menurut sumber Antarapos.
Jumhur menambah, pihaknya akan memastikan protes kerajaannya disampaikan melalui saluran diplomatik.

Khamis, 10 Oktober 2013

Pesawat terhempas di Kudat

pesawat
KUDAT:  Sebuah pesawat Twin Otters terhempas di Lapangan terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Difahamkan enam mangsa cedera termasuk tiga parah.
Mangsa dihantar ke Hospital Kudat di mana tiga yang parah berada di Zon merah manakala tiga lagi yang cedera di Zon kuning.
Jenis Insiden : Pesawat Terhempas.
Tarikh/Masa : 10.10.2013 jam 1454.
Lokasi : Kampung Sinsan 1, Kudat, Sabah.
Mangsa : 16 orang mangsa ( 2 cedera parah ).
Balai Terlibat : BBP Kudat.
Pegawai Operasi : PKPgB Naim Bin Mohd Nasir.(017-3518926)
Catatan : Kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu – Kudat (transit Sandakan) terhempas di hadapan sebuah rumah. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam. Tindakan anggota Bomba ialah membuat pemantauan sekiranya berlaku letupan atau kebakaran.
PPO terima laporan dari PGO Sabah pada jam 1550.

Sekian Terima Kasih
Pegawai Bertugas PPO.
kapalkapal2


Khamis, 5 September 2013

Tahap Kencing Manis Anda..


Kencing Manis - 5 Tahap Kritikal Penyakit Diabetes

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
Haa.. Korang dah tau serba sedikit tentang penyakit kencing manis kan...? So... mulai saat ini, kita semua harus dan mesti jaga pemakanan kita supaya badan kita menjadi lebih sihat.

Isnin, 12 Ogos 2013

Ya Allah..kesiannya... ..BUDAK MIRIP NINJA TURTLE

BUDAK MIRIP NINJA TURTLE DI COLOMBIA


Di gelar "Ninja Turtle" kerana kanak-kanak ini menghidap satu penyakit ganjil. Di mana Setompok tahi lalat hidup dan membesar di belakang badanya betul-betul menyerupai seperti kulit kura-kura dalam filem "Ninja Turtle".


Didier ditakuti oleh kanak-kanak lain dan dilarang bersekolah. Mendengar berita malang yang menimpa kanak-kanak itu, Seorang pakar bedah Neil Bulstrode telah pergi kerumah kanak-kanak itu untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan yang mirip kulit kura-kura, Dan akhirnya berjaya dalam pembedahan tersebut.




Khamis, 1 Ogos 2013

Akibat Merogol Bayi Berumur 4 Bulan


AMARAN.: Gambar yang akan anda lihat agak mengerikan. Kepada pengunjung yang bersimpati
dengan keadaan perogol ini diharap jangan cuba memberanikan diri menatap gambar yang
disertakan.
Seorang perogol yang merogol bayi berusia 4 bulan dipenggal kepalanya dan kemaluannya
dipotong oleh samseng-samseng tempatan. Kejadian berlaku di Brazil.
Sememangnya samseng-samseng ini bertindak kejam dan melampau, rasanya tidak wajar apa
yang mereka lakukan kepada perogol ini. Belum cukup penghinaan buat perogol walaupun
dengan kematian yang sebegini.
Rasanya biarkan dia hidup…Lumpuhkan kemaluannya dan biarkan dia rasa penghinaan sebegini
sepanjang hayatnya atau tempatkan si perogol bersama dengan binatang…dan pastikan dia
puaskan nafsunya dengan binatang kerana padanan nafsu binatangnya hanya sesuai untuk
binatang.
Bayangkan bayi berusia 4 bulan yang dirogolnya, sememangnya penamat hidup sebegini
yang paling layak untuk si perogol yang lebih binatang dari binatang


Info sumber : http://mrbelia.pun.bz/

Allah SWT telah menetapkan Qanun Janayah (HUDUD) dilaksanakan pada hambaNya yang melakukan kesalahan. Hukum hudud adalah yang terbaik jalan penyelesaian. Banyak negara-negara Arab telah menjalani hukuman hudud kepada penduduknya yang melakukan kesalahan. Sehingga penduduk takut dan taat akan hukum Allah SWT dan kadar jenayah adalah rendah.

Hukum Hudud bukan perkara baru kerana ia termaktub dalam al-Quran dan as- Sunnah sebagai sebahagian daripada syariat Islam.Ternyata umat Islam terdahulu berjaya kerana mengamalkan hukum Islam ini. Hukuman hudud lebih berkesan dan realistik dengan keadaan semasa.

Selasa, 5 Februari 2013

Produk Berasaskan Minyak Kelapa Dara


Membuka ruang dan peluang bagi usahawan baru 2013 dan peniaga kecil melakukan promosi, menyampaikan maklumat produk, maklumat perkhidmatan dan menambah pendapatan anda..
Info Lanjut.. http://bit.ly/Ryslus








Khamis, 10 Januari 2013


KOPI NANDUK BOOSTER

Mengandungi herba & vitamin tambahan yang berfungsi untuk membantu melancarkan pengaliran darah serta menguatkan otot.
Mengandungi herba pemangkin yang berfungsi membantu mempercepatkan penyerapan segala khasiat & vitamin ke dalam sistem tubuh badan.
Membantu dan meningkatkan daya keinginan (libido) hubungan intim antara suami & isteri, menambahkan testeron serta lain-lain unsur yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mencapai tahap yang optimum (Normal).
info lanjut : http://bit.ly/Ryslus