Selasa, 15 Oktober 2013

Solat hajat mohon Islam terpelihara dalam UPR

Kuala Lumpur: Semua masjid dan surau di seluruh negara disyor mengadakan bacaan qunut nazilah dan solat hajat selepas solat Isyak untuk mendoakan kedudukan agama Islam dipelihara semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diarah melakukan perkara yang sama serta-merta sehingga UPR selesai.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini bagi mengulas tindakan pihak tertentu yang didakwa menyediakan satu laporan berkaitan hak asasi manusia di negara ini yang dibentang pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva nanti.
Kandungan laporan itu antara lain menyentuh mengenai hak kebebasan beragama dan meminta Malaysia mengiktiraf hak berlandaskan ‘SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity’ iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Gays, Bisexual, Transgender, inter-sexed & queer-persons).
Jamil Khir berkata, tuntutan dikemukakan pihak berkenaan adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan kewajarannya memandangkan ia bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati setiap warganegara di dalam dan juga luar negara,” katanya.
Beliau berkata, sebarang isu atau polemik yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam adalah amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua forum.

Isnin, 14 Oktober 2013

Indonesia tuduh PDRM ‘pengecut’

tembak-indonesiaJAKARTA – Indonesia memprotes tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyatnya, Jumaat lalu.
“Sepertinya polisi Malaysia bermental pengecut karena sedikit-sedikit menembak. Melumpuhkan, tidak harus membunuh apalagi mereka bukan terrorist (pengganas).
“Saya mengecam keras tindakan barbar (biadap) polisi Malaysia yang dengan mudahnya menembak orang hingga tewas (mati),” kata Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat semalam yang dipetik dari laman Kompas.com.
Jumhur menambah, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur mendapat laporan bahawa empat rakyatnya ditembak mati dalam insiden pukul 12 tengah hari itu.
Keempat-empat mereka dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980), Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273).
Menurut versi PDRM, kata Jumhur, kesemua mereka disyaki telah merompak sebuah rumah awal pagi sebelum kejadian.
Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah yang disyaki digunakan sebagai tempat persembunyian mereka di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.
Katanya, PDRM masih melakukan siasatan termasuk memastikan identiti keempat-empat mayat dan KBRI diminta untuk menunggu hasil siasatan serta akan diberi akses untuk memeriksa mayat, menurut sumber Antarapos.
Jumhur menambah, pihaknya akan memastikan protes kerajaannya disampaikan melalui saluran diplomatik.

Khamis, 10 Oktober 2013

Pesawat terhempas di Kudat

pesawat
KUDAT:  Sebuah pesawat Twin Otters terhempas di Lapangan terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Difahamkan enam mangsa cedera termasuk tiga parah.
Mangsa dihantar ke Hospital Kudat di mana tiga yang parah berada di Zon merah manakala tiga lagi yang cedera di Zon kuning.
Jenis Insiden : Pesawat Terhempas.
Tarikh/Masa : 10.10.2013 jam 1454.
Lokasi : Kampung Sinsan 1, Kudat, Sabah.
Mangsa : 16 orang mangsa ( 2 cedera parah ).
Balai Terlibat : BBP Kudat.
Pegawai Operasi : PKPgB Naim Bin Mohd Nasir.(017-3518926)
Catatan : Kejadian melibatkan sebuah pesawat ringan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu – Kudat (transit Sandakan) terhempas di hadapan sebuah rumah. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam. Tindakan anggota Bomba ialah membuat pemantauan sekiranya berlaku letupan atau kebakaran.
PPO terima laporan dari PGO Sabah pada jam 1550.

Sekian Terima Kasih
Pegawai Bertugas PPO.
kapalkapal2